Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang tempatan itu menghadapi pembetulan teknikal susulan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1860/1880 berbanding 4.1715/1740 semalam.

Menurut seorang peniaga, dalam jangka masa terdekat, pelabur diramal memberi tumpuan kepada peningkatan data ekonomi dari AS seperti angka Indeks Pengurus Pembelian serta kadar pengangguran untuk petunjuk mengenai arah pasaran.

Bagaimanapun, harga komoditi yang lebih tinggi mungkin membantu meningkatkan nilai ringgit pada masa akan datang.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0891/0906 daripada 3.0917/0929 yang direkodkan semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6133/6153 daripada 3.6220/6245.

Ia menyusut berbanding pound British kepada 5.6465/6489 daripada 5.6414/6431 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.7310/7337 daripada 4.7363/7396.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini