Ringgit terus mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pada Khamis berikutan kadar inflasi yang meningkat menyebabkan mata wang AS itu rendah, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1725/1765 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1860 semalam.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 39 tahun, menyebabkan Rizab Persekutuan mengalami tekanan untuk mula menaikkan kadar faedah.

"Walaupun inflasi yang tinggi biasanya menyebabkan dolar AS meningkat, perkara sebaliknya berlaku dan ini disebabkan pasaran mengambil kira inflasi yang tinggi," katanya kepada Bernama.

Dari segi teknikal, Diniz berkata dolar AS yang merosot dijangka tidak lama dan harga boleh mendapat sokongan hampir kepada paras 4.1650.

"Jika ia stabil pada sekitar paras ini, ia boleh naik kepada paras 4.2400 dalam tempoh beberapa hari," katanya.

Sementara itu, pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0992/1027 daripada 3.0976/0989 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6397/6435 daripada 3.6280/6296.

Ia turut merosot berbanding euro kepada 4.7746/7792 daripada 4.7565/7582 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.7197/7251 daripada 5.7043/7064 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini