Ringgit teruskan kenaikan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan kenaikan


KUALA LUMPUR: Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila mata wang AS itu terus mencatatkan aliran menurun dipengaruhi oleh kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell yang membayangkan tiada sebarang kejutan dari segi langkah mengetatkan monetari.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1845/1860 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1890/1920 pada Selasa.

Seorang penganalisis berkata, dolar AS sedang mencari hala tuju terutama dengan pencalonan semula Powell sebagai pengerusi Fed dan data ekonomi AS, justeru, unit tempatan dijangka terus diniagakan tinggi dalam situasi ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit melantun semula berbanding yen Jepun kepada 3.6280/6296 daripada 3.6303/6332 pada Selasa.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.7565/7582 daripada 4.7470/7504, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0976/0989 daripada 3.0965/0990 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7043/7064 daripada 5.7008/7049.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini