Ringgit terus susut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus susut



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu disebabkan kekurangan permintaan berikutan minat risiko yang tinggi terhadap mata wang AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan rendah pada 4.1925/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1815/1835 ketika ditutup pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Thaipusam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kenaikan mendadak hasil perbendaharaan AS 10 tahun kepada lebih 1.8 peratus dan langkah China untuk menurunkan kadar faedah di tengah-tengah ekonomi yang perlahan adalah faktor utama yang menyebabkan penurunan ringgit.

"Ini disebabkan Rizab Persekutuan AS dilihat akan menaikkan kadar faedah penanda arasnya tidak lama lagi , mungkin pada Mac tahun ini.

"Oleh itu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok dijangka memberikan lebih banyak petunjuk bagaimana bank pusat Malaysia akan bertindak balas terhadap inflasi pada tahun ini," katanya kepada Bernama.

Secara keseluruhannya, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1086/1095 daripada 3.1020/1039 ketika ditutup pada Isnin dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6600/6625 daripada 3.6523/6544.

Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7018/7036 daripada 5.7207/7234 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.7553/7575 daripada 4.7774/7796 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini