Konflik Russia-Ukraine meruncing, ringgit dibuka kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Konflik Russia-Ukraine meruncing, ringgit dibuka kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika ketegangan geopolitik antara Russia dan Ukraine terus meruncing yang membuktikan ketidaktentuan pada masa ini dan meningkatkan tekanan terutamanya ke atas pasaran tukaran asing serta komoditi.

Pada 9 pagi ini, mata wang meningkat kepada 4.1815/1845 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1855 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kaitan ringgit-dolar AS berkemungkinan mencecah jajaran kecil sekitar RM4.18 hari ini ketika peniaga terus meneliti jangkaan kenaikan kadar faedah.

"Bank-bank dunia pula berkemungkinan meneliti semula pendirian masing-masing susulan senario semasa membabitkan risiko geopolitik di Eropah Timur," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbadnding yen kepada 3.6355/6384 daripada 3.6444/6456 semalam namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1087/1112 daripada 3.1065/1077.

Unit tempatan itu turut rendah berbanding pound Britain kepada 5.6852/6892 daripada 5.6826/6839 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.7389/7423 daripada 4.7373/7384, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini