Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan minat belian yang diperbaharui.

Pada jam 9.06 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1760/1800 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 pada penutup hari Isnin.

Dagangan ringgit disambung semula selepas ditutup untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0984/1018 daripada penutupan Isnin 3.0899/0925 dan turun berbanding euro kepada 4.7180/7226 daripada 4.6777/6811.

Unit ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6639/6693 daripada 5.6262/6303 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6494/6529 daripada 3.6247/6276.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini