KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun ketidaktentuan mengenai konflik di Ukraine terus menjadi tumpuan dan peserta pasaran mempertimbangkan perkembangan terkini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1845/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1865/1880 pada Khamis.
Beliau berkata, dilihat terdapat sentimen bercampur-campur daripada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden dan Moscow.
Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1149/1170 daripada 3.1133/1149 pada Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.6340/6361 daripada 3.5376/6392.
Ringgit turut merosot berbanding pound kepada 5.7001/7035 daripada 5.6936/6957 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7578/7606 daripada 4.7559/7576 sebelum ini.