Nilai ringgit jatuh lagi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit jatuh lagi

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prospek ekonomi global dan dasar monetari yang tidak menentu.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3870/3915 pada Isnin.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata pelabur akan memantau dengan rapat ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, kerana ia mungkin menyediakan bayangan penting mengenai langkah seterusnya yang akan diambil oleh bank pusat AS itu dari segi dasar monetari.

"Sekiranya ringgit kembali menjejaki semula daripada paras ketahanan 4.3950, kita boleh menjangkakan ia membawakan tukaran asing ke paras 4.3118, di mana ia mungkin mencapai paras sokongan sementara," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan terus susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1966/1999 daripada 3.1933/1968 pada Isnin, turun berbanding euro kepada 4.7064/7107 daripada 4.6840/6888 sebelumnya tetapi naik berbanding pound Britain kepada 5.4885/4935 daripada 5.5167/5223.

Bagaimanapun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.4506/4540 daripada 3.4408/4446 pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini