Ringgit ditutup RM4.38 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup RM4.38 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan sentimen pasaran kekal lemah ekoran persekitaran kadar faedah global.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3870/3915 berbanding dengan dolar AS daripada 4.3870/3910 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dari segi sudut pandangan teknikal, ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual dan sedikit pembetulan adalah dijangkakan.

"Masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada trend ini boleh berterusan, terutama memandangkan pendirian monetari Rizab Persekutuan AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ringgit diunjurkan kekal dalam jajaran kecil bagi jangka masa terdekat.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1933/1968 daripada 3.1845/1879 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding dengan euro kepada 4.6840/6888 daripada 4.6445/6488.

Ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.5167/5223 daripada 5.4732/4782 pada Jumaat dan lemah berbanding yen kepada 3.4408/4446 daripada 3.4236/4270.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini