Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa menjelang mesyuarat Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (MPC) yang dijadual esok.

Pada 9.02 pagi ini, ringgit berada pada 4.3820/3850 berbanding dolar AS daripada 4.3830/3870 pada akhir urus niaga semalam

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan BNM mengekalkan kos pinjaman berikutan langkahnya menilai ekonomi negara secara bebas.

"Jangkaan peningkatan ketara Kadar Dana Rizab Persekutuan AS (Fed) telah menimbulkan persepsi bahawa bank-bank pusat lain akan mengambil tindakan serupa.

"Walaupun Fed boleh menetapkan aliran bagi kadar sama, kita sebaliknya berpendapat bahawa BNM akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sebarang tindakan," katanya.

Mohd Afzanizam berkata kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan global akibat pelaksanaan dasar monetari lebih ketat oleh Fed, juga telah memberi kesan terhadap pasaran ekuiti global.

Malah, ini telah memberi kesan mengelak risiko apabila pelabur sebaliknya menumpukan usaha mencari aset selamat akibat ketidaktentuan yang ketara itu.

"Kita mungkin menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut kira-kira lima mata asas kepada 2.98 peratus pada masa ini manakala Indeks Dolar AS meningkat 0.08 peratus kepada 103.731 mata," katanya.

Seorang penganalisis lain berkata jangkaan data Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih kukuh bagi suku pertama 2022 yang akan diumumkan pada Jumaat ini, dijangka dapat merangsang sentimen di pasaran.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.3739/3767 daripada 3.3407/3440, rendah berbanding euro kepada 4.6274/6306 daripada 4.6135/6178 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4030/4067 daripada 5.3972/4022.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1469/1495 daripada 3.1478/1509 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini