Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS, RM4.36 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS, RM4.36


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah apabila China melonggarkan sekatan berkaitan pandemik COVID-19, ditambah dengan dolar AS yang semakin lemah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.3640/3685 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata ringgit menjadi lebih kukuh apabila harga minyak bertambah baik manakala beberapa mata wang serantau juga mencatatkan keuntungan yang baik berbanding mata wang Amerika Syarikat itu hari ini walaupun harga minyak yang lebih tinggi akan meningkatkan subsidi domestik negara.

Ketika berita ini ditulis ,penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.33 peratus kepada AS$119.8 setong.

"Bagaimanapun, jika harga minyak terus meningkat minggu ini, kenaikan dalam mata wang Asia mungkin akan berkurangan," kata Halley.

Beliau berkata keuntungan mata wang Asia hari ini turut disokong oleh kemerosotan dolar AS apabila sentimen risiko yang bertambah baik terus melonggarkan kenaikan dolar AS.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1940/1976 daripada paras penutup 3.1962/1982 pada Jumaat dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.4289/4327 daripada 3.4450/4472 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.5192/5248 daripada 5.5170/5201 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.6978/7027 daripada 4.6905/6932 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini