Ringgit berbanding dolar AS dalam aliran meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berbanding dolar AS dalam aliran meningkat


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari dagangan kelima berturut-turut pada Selasa, disokong oleh permintaan belian dan kenaikan kukuh berterusan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dengan dolar AS kepada 4.3945/3980 daripada 4.3985/4015 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis berkata, harga minyak mentah meneruskan momentum menaik, dengan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi AS$115 setong susulan permintaan bahan api bagi musim panas yang tinggi manakala bekalan kekal terhad kerana sekatan ke atas minyak Rusia selepas pencerobohannya ke atas Ukraine.

Beliau berkata bagaimanapun, kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi yang semakin meningkat juga menjadikan peserta pasaran bersikap defensif, sekali gus mendorong permintaan yang lebih tinggi terhadap mata wang selamat.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dengan pound kepada 5.4035/4078 daripada 5.3864/3901 ketika ditutup pada Isnin dan turun berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1738/1768 daripada 3.1717/1743.

Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.6441/6478 daripada 4.6325/6357 namun meningkat berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2448/2477 daripada 3.2627/2652 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini