Nilai ringgit jatuh lagi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit jatuh lagi

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur enggan memasuki pasaran menjelang kemas kini dasar ekonomi AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.4570/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4510/4540 yang direkodkan semalam.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata pelabur diniagakan berhati-hati kerana mereka menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan lewat hari ini yang boleh memberikan isyarat pertumbuhan ekonomi global.

"Kebanyakan mata wang Asia berada dalam aliran bertahan hari ini menjelang agenda pokok dalam minggu ini, ditambah pula dengan keputusan pendapatan teknologi AS yang akan diumumkan hari ini," katanya.

Awal hari ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagang utama Malaysia.

Beliau berkata kadar pertukaran efektif nominal negara hanya mencatatkan penurunan kecil kira-kira 0.1 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2104/2119 daripada 3.2149/2175 dan menokok berbanding pound British kepada 5.3533/3551 daripada 5.3621/3657 sebelum ini.

Ia juga mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2628/2644 daripada 3.2654/2678 dan melonjak berbanding euro kepada 4.5341/5356 daripada 4.5574/5605.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini