Harga minyak melonjak, ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak melonjak, ringgit ditutup lebih tinggi

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kenaikan harga minyak, dirangsang oleh kemungkinan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC)+, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4840/4870 berbanding dolar AS dari[ada 4.4865/4900 ketika ditutup pada Selasa.

Pasaran juga menunggu laporan inventori Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata terdapat permintaan domestik terhadap ringgit namun ia terhad dan tidak mampu meningkatkan mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding dolar AS.

Ia disebabkan kebimbangan yang berterusan terhadap inflasi AS dan kadar faedah, katanya kepada Bernama.

Ketika ini, minyak mentah Brent naik 0.77 peratus kepada AS$101.0 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2169/2195 daripada 3.2141/2170 ketika ditutup pada Selasa dan merosot berbanding pound kepada 5.2916/2951 daripada 5.2833/2874 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu turut turun berbanding euro kepada 4.4593/4623 daripada 4.4551/4586 semalam dan merosot sedikit berbanding yen kepada 3.2847/2872 daripada 3.2662/2690 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini