Permintaan dolar AS terhenti, ringgit dibuka lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Permintaan dolar AS terhenti, ringgit dibuka lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila permintaan terhadap mata wang negara maju itu berhenti seketika untuk semalaman berikutan pasaran saham AS yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Dilaporkan bahawa beberapa saham AS mengurangkan keuntungan masing-masing meskipun kebanyakannya ditutup tinggi.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4630/4660 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4660/4680.

Bagaimanapun, keuntungan yang diraih ringgit dihadkan oleh data permit bangunan di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata ini menunjukkan bahawa pasaran hartanah di AS lebih 'panas' daripada jangkaan dan ini boleh menjuruskan kepada inflasi dalam jangka pendek dan sederhana.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya lebih rendah.

Mata wang tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.2378/2405 daripada 3.2346/2365 pada penutup Selasa dan meningkat sedikit berbanding yen Jepun pada 3.3276/3301 daripada 3.3284/3301 sebelumnya.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4025/4061 daripada 5.3686/3710 semalam dan lemah berbanding euro pada 4.5384/5415 daripada 4.5258/5279 pada penutup Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini