Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila dolar AS terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat di tengah-tengah sentimen mengelak risiko dalam pasaran, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4580/4610 berbanding dolar AS daripada 4.4490/4520 pada penutup Jumaat lalu.

Penganalisis itu berkata hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun jatuh kepada 2.38 peratus apabila permintaan untuk instrumen yang lebih selamat semakin kukuh.

Beliau berkata selera untuk instrumen seperti tunai kini meningkat walaupun pulangan rendah, dan itu bermakna tumpuan utama pada masa ini adalah untuk melindungi prinsip pelaburan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.5320/5351 daripada 4.5513/5544 pada hari Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2944/2971 daripada 3.3459/3484 minggu lalu.

Nilai ringgit turut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2251/2275 daripada penutup Jumaat pada 3.2330/2355 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3746/3782 daripada 5.3989/4025 sebelum ini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini