Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan dolar AS kembali kukuh dalam persekitaran sentimen enggan mengambil risiko yang meningkat, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4865/4900 berbanding dolar AS 4.4855/4870 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis itu berkata, pelabur berhati-hati ketika menunggu data ekonomi utama yang akan dikeluarkan minggu ini.

"Kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell pada simposium ekonomi tahunan Jackson Hole Jumaat ini juga penting dalam menentukan hala tuju kadar faedah bank pusat seterusnya untuk meredakan inflasi," kata penganalisis itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama hari ini.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2141/2170 daripada 3.2147/2163 ketika ditutup pada Isnin dan melonjak berbanding pound kepada 5.2833/2874 daripada 5.2947/2965 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.4551/4586 daripada 4.4886/4901 dan naik sedikit berbanding yen kepada 3.2662/2690 daripada 3.2786/2800 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini