Ringgit lemah sejajar mata wang serantau - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah sejajar mata wang serantau

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lemah pada Isnin berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sejajar dengan mata wang serantau berikutan langkah China untuk mengurangkan kadar pinjaman utama, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.4855/4870 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4760/4795.

Penganalisis berkata, yuan dilaporkan mencecah paras terendah sejak September 2020 berikutan langkah untuk mengurangkan tekanan ke atas pasaran perumahan China dan ekonominya yang perlahan.

Bank of China mengurangkan kadar utama pinjaman lima tahunnya, penanda aras bagi kadar gadai janji, sebanyak 15 mata asas kepada 4.30 peratus berbanding 4.45 peratus.

Beliau berkata, ringgit juga berada dalam aliran menurun berikutan penurunan harga minyak.

Penanda aras harga minyak mentah Brent kini berada pada AS$96.15 setong, susut 0.59 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama hari ini.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2147/2163 daripada 3.2225/2254 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding pound kepada 5.2947/2965 daripada 5.3126/3167 sebelum ini, dan menambah nilai sedikit berbanding euro kepada 4.4886/4901 daripada 4.9046.

Bagaimanapun, unit tempatan susut sedikit berbanding yen Jepun pada 3.2786/2800 daripada 3.2767/2795 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini