Harga minyak merosot, ringgit merudum lagi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak merosot, ringgit merudum lagi

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak terus merosot dan langkah China meluaskan sekatan pergerakan COVID-19, seterusnya mewujudkan kebimbangan bagaimana ekonomi kedua terbesar dunia itu akan terjejas disebabkan gangguan berterusan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berkurangan kepada 4.4820/4840 berbanding dolar AS kepada 4.4745/4780 sewaktu ditutup pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu berikutan sambutan Hari Kebangsaan.

Peniaga berkata China telah meluaskan sekatan pergerakan COVID-19 ke Chengdu, sekali gus menambahkan tekanan menurun ke atas harga minyak.

"Satu daripada bandar China yang terbesar dan mempunyai 21 juta penduduk akan berdepan sekatan pergerakan untuk membendung jangkitan COVID-19, yang menjejaskan harga minyak. Sekatan pergerakan ini akan dilaksanakan selama empat hari untuk menjalankan ujian saringan besar-besaran di seluruh bandar bermula hari ini," katanya kepada Bernama.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global merosot 2.25 peratus kepada AS$93.39 setong.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata ringgit akan turut mengambil isyarat daripada data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan esok, manakala pelabur menunggu untuk menilai sejauh mana tindakan agresif dasar monetari Rizab Persekutuan AS menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2028/2047 daripada 3.2073/2103 sewaktu ditutup pada Selasa, naik berbanding pound Britain kepada 5.1964/1987 daripada 5.2472/2514 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2205/2222 daripada 3.2335/2363 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.4923/4943 daripada 4.4884/4919 pada Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini