Harga minyak mentah melonjak kembali - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak mentah melonjak kembali

 

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak naik pada Rabu didorong oleh kelemahan berterusan dolar Amerika Syarikat (AS) serta penyusutan simpanan bahan api AS.

Penanda aras, West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember meningkat AS$2.59, atau 3.0 peratus, untuk ditutup pada AS$87.91 setong di di New York Mercantile Exchange.

Sementara itu, minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember menokok AS$2.17, atau 2.3 peratus, untuk ditutup pada AS$95.69 setong di di London ICE Futures Exchange.

Faktor utama yang mendorong kenaikan harga adalah penurunan nilai dolar AS.

Indeks dolar, yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama, jatuh 1.13 peratus kepada 109.7010 pada dagangan lewat Rabu, berikutan kejatuhan 0.9 peratus pada sesi sebelumnya.

Harga minyak berkait secara terbalik dengan harga dolar AS.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan pada Rabu bahawa inventori minyak mentah komersial negara itu meningkat sebanyak 2.6 juta tong pada minggu berakhir 21 Oktober 2022.

Jumlah inventori bahan api kenderaan menurun sebanyak 1.5 juta tong minggu lalu, manakala inventori bahan api sulingan meningkat sebanyak 0.2 juta tong.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini