OMA Menganugerahi XM: Platform Dagangan Terbaik - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

OMA Menganugerahi XM: Platform Dagangan Terbaik


Para pedagang UK telah memilih XM sebagai broker dengan platform dagangan forex yang terbaik. Kami telah dipilih dalam kategori Platform Dagangan Forex Terbaik 2022 dan berjaya bersaing dengan beberapa broker terkemuka di Online Money Awards, yang julung kali diadakan.

Keperluan kategori anugerah ini memerlukan pelabur persendirian untuk mengundi syarikat pilihan mereka daripada 20 senarai calon. Sepanjang tempoh pengundian, selama 2 minggu, anugerah ini telah menerima lebih daripada 7,300 undian.

Oleh itu, kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada para pelanggan dan juga rakan niaga yang telah menyumbang kepada kemenangan kami. Fokus utama kami adalah untuk menyediakan pengalaman dagangan kelas pertama kepada setiap pelanggan, dan sokongan mereka merupakan pendorong syarikat kami untuk terus membangun.

Online Money Awards telah dianjurkan oleh Holiston Media dan rakan niaga mereka, The Armchair Trader.

Pihak XM berterima kasih kepada semua peserta yang telah mengundi, serta jawatankuasa Online Money Awards. Pencapaian ini menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus membangun, menambah baik produk dan perkhidmatan, supaya kami dapat meningkatkan kepuasan pelanggan serta mengekalkan kejayaan yang berterusan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini