Penurunan ringgit belum lagi terhenti - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Penurunan ringgit belum lagi terhenti

 


KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar AS semasa ditutup pada Rabu, bersama-sama dengan mata wang serantau lain berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS menyatakan untuk meneruskan dasar monetarinya yang agresif untuk memerangi inflasi.

Pada 6 petang 28 September 2022, mata wang tempatan merosot kepada 4.6285/6310 berbanding dolar AS daripada 4.6100/6120 semalam.

"Bukan sahaja ringgit merosot tetapi mata wang lain turut bergelut berbanding dolar AS dan diniagakan pada paras terendah dalam tempoh banyak dekad berikutan kenaikan kadar yang agresif oleh Fed manakala negara lain masih ketinggalan (untuk menaikkan kadar faedah)," kata seorang penganalisis.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.4184/4208 daripada 4.4321/4340 semalam, naik berbanding pound kepada 4.9409/9436 daripada 4.9770/9791 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1954/1975 daripada 3.2099/2117.

Unit tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1974/1993 daripada 3.1925/1941 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini