Keputusan PRU tidak beri kesan kepada ringgit - Penganalisis - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Keputusan PRU tidak beri kesan kepada ringgit - Penganalisis

 


KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka tidak memberi kesan kepada pergerakan nilai mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang rendah ketika ini, berikutan peserta pasaran lebih tertumpu kepada ketidaktentuan ekonomi semasa.

TA Research dalam nota penyelidikan, berkata berdasarkan pemerhatian firma penyelidik itu ketika pilihan raya umum (PRU) yang lalu, ia menunjukkan ringgit cenderung susut berbanding dolar AS selepas PRU.

"Tiada ragu-ragu lagi bahawa ringgit akan melemah pasca PRU15 dengan kemungkinan sebahagiannya disebabkan persekitaran ekonomi semasa.

"Kami berpendapat bahawa ini (ringgit melemah) mungkin disebabkan oleh pelabur portfolio asing menghantar pulang pendapatan dan keuntungan mereka. Oleh itu, kita tidak akan terkejut bahawa ringgit akan melemah berbanding dolar AS selepas PRU15," katanya.

Katanya, ternyata pada PRU 1990, 1995, 2008, 2013, dan 2018, pergerakan mata wang tempatan tidak dipengaruhi dengan keputusan sama ada Barisan Nasional meraih kemenangan besar ataupun pembentukan kerajaan baharu terbentuk.

Dari aspek sejarah, ringgit lazim merosot 0.7 peratus daripada nilainya pada bulan pertama, 2.7 peratus pada bulan ketiga, 4.7 peratus pada bulan keenam, 7.0 peratus pada bulan kesembilan dan 7.1 peratus pada bulan kedua belas.

Dengan bukti yang menunjukkan bahawa kekerapan merosot adalah 100 peratus dalam semua PRU sebelum ini, kecenderungan ringgit untuk melantun semula selepas pilihan raya adalah rendah.

"Patutkah pelabur lebih optimistik untuk membeli ringgit selepas PRU15? Sejak pembubaran parlimen pada 10 Oktober, ringgit telah jatuh sebanyak 1.2 peratus, mengikut corak sebelumnya. Berdasarkan perspektif, ringgit jatuh sebanyak 0.6 peratus pada PRU12 dan sebanyak 2.0 peratus pada PRU14," kata TA Research.

Menurut firma penyelidik itu, ringgit menghampiri kadar penutupan terendah ekoran impak faktor luaran seperti langkah agresif dalam pengetatan monetari oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan kelembapan ekonomi China.

Katanya, walaupun masih memegang nilai asas yang kukuh, disokong oleh nilai dagangan yang kukuh, ekonomi yang bertambah baik dan harga minyak mentah yang sentiasa tinggi, ringgit bagaimanapun terus kehilangan nilainya berbanding dolar AS.

"Pengetatan dasar yang agresif yang diterima pakai oleh Fed tahun ini dan pelebaran jurang faedah telah menyaksikan permintaan yang lebih kukuh untuk dolar AS.

"Akibatnya, ringgit telah didagangkan di atas paras psikologi RM4.50/dolar AS sejak 7 September 2022 menghampiri paras terendah dalam sejarah iaitu RM4.77/dolar AS yang dicatatkan pada 8 Januari 1998 (dagangan harian terendah: RM4.88/dolar AS).

"Ringgit berakhir lebih rendah pada hari terakhir Oktober 2022 apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang penyata dasar monetari bank pusat utama," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadualkan pada 1 dan 2 November manakala mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) sehari selepas itu.

"Mata wang tempatan susut nilai sebanyak 1.9 peratus bulan ke bulan kepada RM4.728/dolar AS pada bulan berkenaan (Akhir September: RM4.638/dolar AS). Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, ringgit telah melemah sebanyak 11.88 peratus berbanding dolar daripada RM4.1665/dolar AS pada akhir 2021. Berbanding dengan mata wang lain, ringgit menunjukkan prestasi yang agak bercampur-campur.

"Dalam tempoh terbabit, ringgit menyusut nilai berbanding dolar Hong Kong (-11.1 peratus), dolar Singapura (-7.6 peratus) dan rupiah Indonesia (-3.3 peratus), tetapi mengukuhkan berbanding yen Jepun (+13.8 peratus), won Korea (+5.9 peratus), pound British (+3.2 peratus), dolar Taiwan (+2.7 peratus), Renminbi (+1.2 peratus), euro (+0.7 peratus) dan peso Filipina (+0.6 peratus).

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim berkata, pergerakan tukaran wang asing bagi ringgit dijangka tidak jauh beza berbanding kadar sedia ada iaitu sekitar RM4.73 hingga RM4.75 berbanding dolar AS menjelang PRU15 bulan ini.

Walaupun PRU15 semakin hampir, katanya, perubahan nilai ringgit buat masa ini lebih dipengaruhi pergerakan di pasaran kewangan antarabangsa yang terkesan dengan keputusan mengetatkan dasar monetari yang dilaksanakan oleh bank-bank pusat utama terutamanya Fed AS.

"Dalam kata lain, kenaikan kadar faedah yang besar di AS menyebabkan ringgit dan mata wang asing yang lain melemah berbanding dolar AS. Perkembangan ini menjelaskan mengapa ringgit terus melemah kepada RM4.74 baru-baru ini.

"Bagaimanapun, kelemahan ringgit boleh berlanjutan dan menjadi lebih buruk dan melemah ke paras RM4.80 sekiranya ketidakstabilan politik tempatan berterusan selepas PRU15. Senario ini mungkin berl

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini