Elon Musk mengambil alih Twitter sebanyak $44 Billion - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Elon Musk mengambil alih Twitter sebanyak $44 Billion


Pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk, kini juga menjadi pemilik sebuah laman media sosial terkenal iaitu Twitter. Beliau mengambil keputusan muktamad dengan membeli platform media sosial tersebut pada nilai $44 billion, pada 28 Oktober.

Namun, peralihan tersebut dimaklumkan tidak akan menjejaskan 75% kakitangannya, dimana ia dikatakan perkhidmatan mereka bakal ditamatkan. Elon Musk juga menjelaskan bahawa tindakan ini tidak akan dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, beliau telah memecat sebahagian daripada mereka - antaranya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Parag Agrawal bersama Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Ned Sagal dan Ketua Polisinya Vijaya Gadde 

Apa akan jadi dengan Twitter selepas ini?

Dengan peralihan Twitter ini akan menjadikan aplikasi ini lebih bebas untuk pengguna, serta tiada istilah “permanent ban” - beliau juga ingin menarik balik ban yang dikenakan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Beliau juga mempunyai matlamat ingin menghapuskan kebanyakan akaun spam yang berdaftar. 

Musk juga menyatakan bahawa dia melihat Twitter sebagai asas untuk mencipta "aplikasi super" yang menawarkan pelbagai servis - pemindahan wang, membeli-belah dan pengangkutan (e-hailing).

Apakah pendapat anda tentang peralihan ini?

Adakah burung biru ini akan terus terbang? Atau jatuh tersungkur? 🕊

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini