Perdagangan Matawang Kripto: Bagaimana Cara Memilih Matawang Kripto Untuk Didagangkan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perdagangan Matawang Kripto: Bagaimana Cara Memilih Matawang Kripto Untuk Didagangkan


Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan. Jika anda sudah mempunyai semua ini, anda sudah hampir bersedia untuk menceburinya. Satu-satunya perkara yang tinggal untuk dilakukan ialah memilih aset untuk didagangkan. Artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk memilih matawang kripto yang paling sesuai untuk keperluan perdagangan anda.

Aset kripto manakah yang terbaik untuk didagangkan?

Terdapat banyak pendapat berbeza mengenai aset kripto yang terbaik untuk perdagangan. Sesetengah pedagang lebih suka memilih sesuatu yang andal dan agak stabil, manakala yang lain mencari koin yang meruap dan menyertai pengembaraan gila ke bulan. Tetapi acap kali, koin yang melonjak naik akhirnya kembali ke paras purata, dan pembeli mengalami kerugian yang tidak dapat dikawal. Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang anda perlu ingat sebelum berdagang:

Kemeruapan suatu token. Kita ada Bitcoin, koin yang paling terkemuka di pasaran kripto. Pergerakannya kadangkala mungkin tampak meruap dan tajam, tetapi jika dibandingkan dengan kripto-kripto lain, Bitcoin agak perlahan dan stabil. Walau bagaimanapun, adakalanya Bitcoin bergerak sebanyak 30% sehari, jadi sila berhati-hati. Koin-koin lain (kami memanggilnya altcoin) biasanya mengajuk gerakan Bitcoin dalam kedua-dua arah, tetapi ia cenderung untuk lebih mudah meruap. Terdapat hari-hari bila mana BTC susut 30%, dan koin lain jatuh sebanyak 40-60%.

Sebaliknya pula, Bitcoin adalah cara yang lebih perlahan berbanding koin-koin lain dari segi uptrend jangka panjang. Sebagai contoh, lima bulan pertama tahun 2021 memberikan Bitcoin 100%, manakala koin Binance (BNBUSD) meningkat sebanyak 2000%. Satu gerakan yang mengagumkan namun lebih berbahaya.

Populariti. Sudah tentu, anda boleh membeli kripto hanya kerana ia kelihatan menarik dan trendy. Kadang-kadang strategi ini berjalan dengan baik tanpa cela. Elon Musk mula memperkatakan tentang Dogecoin di laman Twitter beliau. Dalam masa kurang daripada lima bulan, DOGE naik 100,000%. Jika anda telah melabur $10 dalam Dogecoin sebelum Elon Musk, anda akan mempunyai $10,000. Anda berpeluang untuk membeli syiling Solana apabila dunia mula bercakap bahawa SOL mungkin akan menggantikan Ethereum. Sejak dari itu, SOLUSD sudah meningkat sebanyak 24,000%.

Strategi ini tidak cukup stabil. Pada skala yang lebih besar, pengepaman sebegitu hampir setiap kalinya mengakibatkan penurunan yang tajam pada harga aset. Dogecoin susut 85% sejak mencatat paras tertinggi terakhirnya, dan SOL susut 72%. Melihat secara positif, sekarang anda tahu bahawa cerita-cerita tentang suatu trend sering berakhir dengan lambakan harga supaya anda boleh memanfaatkannya untuk kebaikan anda.

Projek. Matawang kripto mempunyai sasaran tertentu untuk dicapai, dan penting untuk memahami apa yang anda beli. Projek matawang kripto yang mewakili sistem kewangan yang terdesentralisasi (DeFi) agak berbeza berbanding projek yang dioperasikan di pasaran NFT. Sesetengah koin dicipta untuk berfungsi sebagai kaedah pembayaran, sementara yang lain memberikan pemegangnya hak untuk mengundi. Jangan bertindak secara melulu, dan sentiasa semak matawang apa yang anda ingin curahkan pelaburan anda.


Apa yang harus dibeli?

Ini adalah pilihan yang perlu anda tentukan sendiri. Namun, beberapa projek mungkin amat menarik untuk disiasat. Mungkin sesetengah daripadanya akan menjadi sebahagian daripada portfolio anda suatu hari nanti. Tidak perlu untuk kami sebutkan Bitcoin di sini, kerana ia harus menjadi pilihan nombor satu bagi setiap pelabur kripto.

Ethereum. Ia sebuah projek DeFi yang membolehkan orang ramai membina aplikasi dalam blockchain. Ia projek kripto kedua terbesar dan koin yang terkemuka di pasaran altcoin. Pada puncak bull run terakhir, ETHUSD telah mencapai permodalan $550 bilion. Terima kasih kepada Ethereum, sekarang kita boleh meminjamkan kripto, memajangnya untuk lebih banyak ganjaran, membeli dan menjual NFT, dan banyak lagi.

Maker. Anda mungkin tahu tentang stablecoins. Ia adalah koin yang ditambat kepada aset dunia sebenar (seperti USD). Yang paling besar ialah USDT (Tether). Stablecoins biasanya berpusat, bermakna bahawa ada satu syarikat yang bertanggungjawab ke atas segala-galanya yang berlaku dengan koin berkenaan. Tetapi terdapat stablecoin terdesentralisasi yang dipanggil DAI. DAI ditambat kepada dolar AS dengan nisbah 1:1 dan dicagarkan dengan matawang kripto.

Tapi yang paling penting, orang ramai mengawal penempaan (mints) dan penghapusan (burns) DAI. Maker (MRKUSD) memberikan kuasa tadbir urus kepada orang ramai. Dengan memiliki Maker, anda boleh memilih apa yang akan berlaku dengan stablecoin DAI. ia teknologi yang berpotensi tinggi, dan anda boleh mempertimbangkan untuk memperdagangkan Maker.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini