Ringgit berbanding dolar AS terus susut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berbanding dolar AS terus susut


KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat berikutan kekurangan pemangkin pasaran yang dijejaskan lagi oleh ketidaktentuan pasaran, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit turun 35 mata asas ke paras 4.7460/7495 berbanding dolar AS daripada 4.7425/7460 pada akhir dagangan semalam.

Pengarah Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai aset selamat selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memaparkan pendirian untuk meneruskan kenaikan kadar faedah di masa depan.

"Sebagaimana yang dijangkakan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya bertindak menaikkan 25 mata asas kadar dasar semalaman (OPR) berbanding Fed yang menambah 75 mata asas.

asih kekal sebagai peneraju. BNM pula sebaliknya mengehadkan pendirian untuk cenderung terhadap kenaikan kadar faedah secara ketara dengan hanya menaikkan 25 mata asas kerana bimbangkan kemungkinan memburukkan lagi keadaan kemelesetan," katanya.

Innes berkata, faktor utama lain yang mempengaruhi pergerakan ringgit adalah risiko politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyebabkan pelabur lebih berperanan sebagai pemerhati berbanding pembeli ringgit, sekali gus menjejaskan permintaan ke atas mata wang itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.6383/6417 daripada 4.6258/6292, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3517/3546 daripada 3.3353/3383 serta turun berbanding yen Jepun kepada 3.2111/2137 daripada 3.1992/2018, semalam.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3231/3270 daripada 5.3372/3411, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini