Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit kembali ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas kenaikan minggu lalu berikutan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan terus susut kepada 4.5060/5130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4795/4890 pada Jumaat minggu lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit kembali menyusut hari ini apabila kes COVID-19 terus melonjak di China, yang memberi kesan kepada pembukaan semula ekonomi serta membawa kepada prospek lebih lemah.

"Terdapat spekulasi bantahan yang berlaku baru-baru ini akan mempercepat pembukaan semula sebaik sahaja kes COVID-19 mereda dan ini sepatutnya memberikan prospek positif kepada ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2804/2860 daripada 3.2573/2645 pada Jumaat minggu lalu, susut berbanding euro kepada 4.6705/6777 daripada 4.6551/6650 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2614/2677 daripada 3.2118/2188.

Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4004/4088 daripada 5.4094/4209.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti peristiwa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini