Ringgit melambung lagi berbanding dolar AS, RM4.594 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit melambung lagi berbanding dolar AS, RM4.594

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila dolar AS terus lemah ekoran jangkaan dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) yang kurang cenderung menaikkan kadar faedah dalam keadaan bacaan inflasi yang kian mereda di negara itu, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai menjadi 4.6120/6265 berbanding dolar AS daripada penutup 4.6200/6250 pada Jumaat lalu.

Ringgit terus mengukuh untuk berada pada paras 4.594 pada jam 11.00 pagi.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata tukaran mata wang asing (FX) Asia seperti ringgit kini bergerak tinggi kerana pasaran berpendapat Rizab Persekutuan akan lebih longgar terhadap pendiriannya, justeru, kadar AS masa depan untuk jangka pendek semakin berkurangan.

Dan pada masa yang sama, beliau berkata pasaran ekuiti global kekal teguh, menunjukkan permintaan akan berkurangan untuk dolar AS yang dianggap mata wang selamat.

Sementara itu, ringgit bagaimanapun diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3118/3229 daripada 3.3047/3088 pada Jumaat lalu dan lemah berbanding euro kepada 4.7656/7806 daripada 4.7471/7522.

Nilai mata wang tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.4412/4583 daripada 5.4322/4381 pada penutup Jumaat dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3591/3701 daripada 3.3527/3568 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini