Ringgit merosot menjelang pengumuman kadar faedah AS, domestik - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merosot menjelang pengumuman kadar faedah AS, domestik

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan mata wang AS itu mengukuh berbanding mata wang utama yang lain susulan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas (bps) lewat hari ini, kata seorang peniaga.

Setakat jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7345/7375 ketika ditutup semalam.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes, berkata walaupun kenaikan 75 bps daripada Fed telah ditetapkan, pelabur tidak membeli ringgit sehingga mereka merasa yakin bahawa kenaikan sebanyak 75 bps tidak akan dilaksanakan pada Disember.

"Bagaimanapun bagi mengukuh ringgit, kenaikan 75 mata asas tidak dilaksanakan pada Disember, menjadikan data indeks harga pengguna (IHP) AS pada 10 November depan sebagai pencetus yang berpotensi untuk kenaikan itu berlaku.

"Selain itu, peniaga mula bimbang mengenai pasaran kredit serantau yang boleh menambah satu lagi kesan negatif kepada ringgit," katanya.

Beliau berkata, peniaga juga sedang menunggu keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) esok yang diunjurkan meningkat kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6910/6950 daripada 4.7033/7062 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding dolar SIngapura kepada 3.3551/3584 daripada 3.3571/3595 serta melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4445/4491 daripada 5.4608/4642.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding yen Jepun pada 3.2185/2214 daripada 3.2107/2130 ketika ditutup semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini