Tahukah anda? Malaysia mempunyai sekitar 32.88 juta penduduk setakat awal tahun ini. - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Tahukah anda? Malaysia mempunyai sekitar 32.88 juta penduduk setakat awal tahun ini.

 


Data juga menunjukkan bahawa penduduk Malaysia meningkat sebanyak 408 ribu (+1.3%) antara daripada tahun yang sebelumnya, 2021. 48.6% penduduk Malaysia adalah perempuan, manakala 51.4% penduduk adalah lelaki. 

Apa yang lebih menarik; Seramai 89.6% daripada penduduk Malaysia juga merupakan pengguna internet, dan *21.7 juta pengguna telah mendaftar akaun bersama Facebook. Analisis Kepios menunjukkan bahawa pengguna internet di Malaysia meningkat sebanyak 365 ribu (+1.3%) antara 2021 dan 2022.

Pada awal tahun 2022, 45.7% penonton iklan Facebook di Malaysia adalah wanita, manakala 54.3% adalah lelaki.

Ini menunjukkan bahawa internet akan menarik ramai lagi pengguna baru di masa akan datang. Ia juga memberi sebab untuk anda semua menggunakan platform yang tersedia di internet ini dengan lebih bijak.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini