Adakah NFT bagus untuk pelaburan digital?
Apa itu NFT? Ia adalah sejenis token digital yang dikenali sebagai Non-Fungible Token. Ia merupakan topik terhangat dalam dunia kripto buat masa kini.
Namun, masih ramai keliru akan fungsi NFT ini dan kegunaannya selepas dibeli.
NFT membolehkan anda menjual dan membeli hak milik aset digital. Ia mestilah terikat dengan apa-apa aset digital yang unik dan tidak boleh dipisahkan jika ianya sudah mempunyai rekod di blockchain.
Blockchain merupakan database terbuka dan juga dikenali sebagai “decentralized system”. Bitcoin adalah produk teknologi Blockchain. Antara kelebihan Blockchain adalah, ia tidak akan korup, boleh dikawal, dan tidak akan gagal.
Bagaimana NFT berfungsi dengan lebih lanjut?
Bayangkan anda memuat naik lukisan anda, atau, apa-apa aset digital di internet. Ini memberi akses kepada orang ramai untuk menyalin, menyimpan dan menggunakan balik aset tersebut tanpa memberi anda penghargaan atau profit .
Namun, dengan wujudnya NFT, kini anda boleh memautkan token digital dengan aset tersebut - yang membuktikan bahawa aset asal dan tulen itu adalah daripada anda.
NFT juga memberi kebebasan kepada anda untuk melindungi karya tersebut ataupun meletakkan nilai harga - yang membolehkan anda untuk menjual dan menjana profit.