Seminggu selepas pelantikan Perdana Menteri yang baharu, apa yang Malaysia sudah alami setakat ini? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminggu selepas pelantikan Perdana Menteri yang baharu, apa yang Malaysia sudah alami setakat ini?


Pada hari Khamis tanggal 24 November 2022, Malaysia akhirnya telah mempunyai seorang Perdana Menteri yang ke-10, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan.

Sebaik sahaja berita pelantikan beliau tersebar, ia didapati bahawa Ringgit Malaysia menjadi lebih kukuh dengan peningkatan sebanyak 1.9% kepada 4.49 berbanding USD, menjadi ‘Top Performer’ di Asia. 

Adakah benar RM semakin mengukuh atas sebab pelantikan ini, ataupun ia adalah kebetulan bahawa USD sedang jatuh ketika itu?

Ia juga dikatakan meningkat 1.2% kepada 3.268 berbanding SGD (Singapore Dollar).

Pada hari yang sama juga, FBM KLCI yang telah menamatkan sesi pagi 2% lebih tinggi, meneruskan dorongannya ke paras dagangan tertinggi dalam 2.5 bulan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.48 bilion saham bernilai RM1.68 bilion.

Penganalisis mengatakan - sentimen semakin meningkat sejak pagi ketika itu, apabila FBM KLCI meningkat 13.55 mata kepada 1,457.05 daripada 1,443.5 pada Rabu, hasil minat belian yang diperbaharui, terutamanya dalam saham perbankan.

Sesetengah juga menjangka bahawa RM akan mengukuh ke arah 3.64 di dalam tahun-tahun yang akan datang. Jadi, apakah pendapat anda? Adakah anda setuju dengan jangkaan ini? 


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini