Gambar dan Video : Malam Bersejarah - Malam Gala MY10 XM Malaysia 2022 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : Malam Bersejarah - Malam Gala MY10 XM Malaysia 2022


Pada 3 Disember 2022 lalu, kami telah menganjurkan majlis terbesar di Malaysia, iaitu Malam Gala MY10.

Kami telah menjemput para pelanggan, rakan niaga dan tetamu dari seluruh dunia untuk meraikan kejayaan ini bersama kami. Di samping itu, kami juga menikmati keindahan malam dengan alunan muzik dan suara dari penyanyi terkenal seperti Amy Search dan Jaclyn Victor, sambil menikmati hidangan mewah.

Para pelanggan bertuah kami telah memenangi hadiah cabutan bertuah yang luar biasa dan bernilai lebih daripada RM 500,000, termasuk gajet mewah, penginapan hotel 5 bintang dan baucar emas. Acara kemuncak cabutan bertuah merupakan pendedahan hadiah misteri, iaitu BMW X3 xDrive30i M SPORT, yang bernilai lebih daripada RM 300,000!

Para peserta dan pasukan XM menikmati malam tersebut, dari awal sehingga akhir majlis. Kami telah menyanyi bersama-sama selebriti terkemuka, menikmati keseronokan permainan dan mengambil gambar sepanjang majlis itu berlangsung.

Ia merupakan satu majlis yang istimewa dan selaras dengan sambutan ulang tahun yang ke-10 tahun di Malaysia. Kami juga menghargai pelanggan dan rakan niaga kami yang sudi menghadiri dan meluangkan masa bersama kami.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang kepada kejayaan XM pada hari ini dan sentiasa mendorong pihak kami untuk maju ke tahap seterusnya.












































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini