PENGEHOSAN VPS HFM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

PENGEHOSAN VPS HFM


PENGEHOSAN VPS HFM

Lindungi strategi automatik anda dan manfaatkan pengurangan latensi perdagangan dengan HFM VPS (Pelayan Peribadi Maya). Berfungsi dengan semua Expert Advisor(EA)!

Pengehosan VPS:

Memastikan Dagangan Anda Terus Maju

- Akses tanpa henti, di mana sahaja, pada bila-bila masa

- Tiga pakej berbeza

- Pemasangan dan pelaksanaan mudah

Sejak penubuhannya, HFM terus komited dalam memastikan inovasi yang berpanjangan, menyediakan perkhidmatan terbaik di samping peningkatan terhadap pengalaman dagangan. Berpegang pada janji, kali ini kami telah bekerjasama dengan salah satu daripada pembekal terbaik untuk memberikan akses cemerlang kepada pengehosan VPS percuma, agar ia dapat mempermudahkan anda membina perancangan yang sesuai dengan strategi anda.

Apakah Pengehosan VPS?

VPS merupakan singkatan bagi Virtual Private Server atau Pelayan Peribadi Maya: sebuah khidmat jarak jauh yang berfungsi secara bebas, seperti fungsi sebuah komputer sebenar, tetapi dengan elemen yang dilaraskan mengikut keperluan pengguna tertentu. VPS beroperasi menggunakan Sistem Operasi yang tersendiri, serta mempunyai peruntukan sumber dari dalam pelayan yang lebih besar.

1. Beroperasi 24/7

2. Masa sambungan operasi berterusan

3. Kelajuan sambungan optimum

4. Tidak terjejas oleh rintangan yang tidak dijangka

5. Kelewatan minimum dalam pelaksanaan perintah

6. Berfungsi dengan lancar bersama Sistem Operasi (OS) lain

VPS adalah ideal untuk pedagang yang inginkan kestabilan dan fleksibiliti, kerana ia dapat memastikan keadaan teknikal yang berkualiti tinggi bagi menjadikan persekitaran dagangan lebih selamat.

Pedagang boleh melaksanakan strategi algoritma automatik, termasuk Penasihat Pakar (EA), 24 jam sehari, 7 hari seminggu, pada mesin maya.

Hasilnya, keadaan ini meminimumkan isu masa kegagalan sistem disebabkan oleh kegagalan kuasa yang tidak dijangka, ketiadaan sambungan Internet, kesukaran fizikal, pematian komputer dan sebagainya.

Penawaran VPS HFM

Pembekal kami, Beeks Financial Cloud mempunyai kehadiran di sembilan pusat data antarabangsa untuk memastikan masa tindak balas sepantas kilat. Fokus mereka adalah untuk menyediakan kependaman rendah, VPS mantap dan penyelesaian infrastruktur untuk pedagang kami dengan platform dagangan yang mudah diakses.

Opsyen VPS

Pelan VPS HFM boleh ditawarkan secara PERCUMA, tertakluk pada keperluan deposit dan dagangan yang khusus. Langganan berbayar bermula dari serendah $30/bulan, bergantung pada pelan yang anda pilih dan pendaftaran adalah mudah! Pilih daripada pakej di bawah dan klik untuk log masuk ke myHF anda untuk mengaktifkan perkhidmatan ini!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini