Kelebihan Berdagang Lebih Pantas dengan VPS XM! Manfaatkan pelaksanaan XM dengan VPS XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kelebihan Berdagang Lebih Pantas dengan VPS XM! Manfaatkan pelaksanaan XM dengan VPS XM


๐Ÿ’ฝ Kami mahu semua pedagang kami mendapat manfaat daripada Virtual Private Servers, yang menyediakan pelbagai faedah:

๐Ÿ’ป Kebolehcapaian, berdagang dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

⚡ Kelajuan pelaksanaan dagangan setinggi mungkin dan perlindungan terhadap kegagalan yang tidak dijangka.

๐Ÿšซ Menghapuskan masa henti dan kesannya terhadap dagangan.


PELAYAN PERIBADI MAYA (VPS) XM MT4

Berdagang Lebih Pantas dengan VPS XM! Manfaatkan pelaksanaan XM dengan VPS XM

  1. Mudah diakses dari lokasi anda
  2. Pelaksanaan XM yang tiada tandingan
  3. Meningkatkan kepantasan dagangan anda
  4. Sesuai untuk penggunaan penasihat pakar (EA)
  5. Ketersediaan 24/7
  6. Sambungan gentian optik yang lebih canggih

Promosi VPS XM Masa Terhad

Hanya untuk masa terhad, sepanjang tempoh promosi perkhidmatan VPS XM boleh didapati oleh semua pelanggan baru dan sedia ada XM – bahkan dengan ciri-ciri yang lebih memuaskan.

Oleh kerana promosi eksklusif kami boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, sila lawati halaman ini sekerap mungkin untuk mengetahui perkembangan terkini.




Bagaimana untuk Mengakses VPS XM Semasa Tempoh Promosi?

Pelanggan yang mempunyai baki akaun dagangan minimum 500 USD, atau nilai setara dalam mata wang lain, layak untuk memohon VPS percuma di Ruang Keahlian pada bila-bila masa, dengan syarat mereka perlu berdagang sekurang-kurangnya 2 lot pusingan standard atau 200 lot pusingan micro setiap bulan. Semasa memenuhi syarat untuk VPS percuma, kami juga mengambil kira akaun dagangan lain yang didaftarkan oleh pelanggan dengan menggunakan alamat emel yang sama.

Pelanggan yang tidak memenuhi kriteria di atas masih boleh memohon VPS XM di dalam Ruang Keahlian dengan bayaran bulanan sebanyak 28 USD, yang akan ditolak secara automatik dari akaun MT4/MT5 mereka pada hari pertama setiap bulan.

VPS XM — Pelaksanaan Dagangan Pantas melalui Sambungan Berkelajuan Tinggi
VPS XM membolehkan anda membuat sambungan ke Virtual Private Server (VPS) yang menggunakan sambungan gentian optik dan terletak hanya 1.5 km dari pusat data kami di London. Melalui perkhidmatan ini anda dapat memanfaatkan sepenuhnya pelaksanaan tanpa tandingan XM tanpa perlu risau faktor-faktor yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berdagang dengan berkesan seperti kelajuan sambungan internet, kerosakan komputer atau gangguan bekalan elektrik.

Melalui VPS XM, anda tidak perlu mengawasi atau menghidupkan komputer anda lagi kerana penasihat pakar (EA) anda akan beroperasi berterusan tanpa henti. Dengan perkhidmatan VPS XM juga, anda boleh mengakses ke Windows Server 2012 (1.3 GB RAM), Kapasiti Cakera Keras (25 GB) dan 1vCPU.

Bagaimana untuk Menyambung ke VPS anda



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini