Pasaran tidak global menentu, ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasaran tidak global menentu, ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut lagi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi ini apabila ketidakpastian yang berlarutan mempengaruhi pasaran dengan pelabur berbelah bahagi mengenai apa langkah dasar monetari Rizab Persekutuan AS seterusnya, kata seorang peniaga.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4250/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4150/4200 pada penutup semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran meramalkan kadar faedah AS akan meningkat kepada 4.5 peratus daripada 4.0 peratus pada masa ini.

"Walau bagaimanapun, semua mata akan tertumpu pada sidang akhbar dan akan diikuti oleh pengumuman keputusan kadar faedah kerana ia mungkin memberikan petunjuk penting tentang bagaimana Rizab Persekutuan akan bertindak pada tahun 2023 dan sama ada ia akan mengambil sikap yang lebih cenderung menaikkan kadar faedah atau sebaliknya," katanya dalam satu nota hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain pagi ini.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound British kepada 5.4317/4378 daripada 5.4190/4251 pada penutup Isnin, lemah berbanding euro kepada 4.6666/6719 daripada 4.6622/6675 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2686/2728 daripada 3.2641/2683.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2119/2160 daripada 3.2311/2350 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini