Pelabur tunggu petunjuk, ringgit hampir tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pelabur tunggu petunjuk, ringgit hampir tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran untuk menantikan petunjuk baharu bagi menggerakkan pasaran.

Pada 9.07 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.4340/4385 berbanding dolar AS daripada 4.4315/4350 sewaktu ditutup pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata selepas terkesan dengan hasil global lebih tinggi dan risiko jualan besar-besaran di seluruh Asia semalam akibat langkah mengejut Bank of Japan (BoJ) memperketat kedudukan kewangannya, justeru, berdasarkan pergerakan meluas dolar AS terutamanya kepada yen Jepun, ringgit dijangka pulih berikutan sentimen risiko global dilihat semakin meningkat ke atas hasil global.

"Unit tempatan dijangka diniagakan di antara paras 4.42 dengan 4.43 hari ini," katanya kepada Bernama.

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, BoJ berkata ia akan menaikkan julat sasaran pulangan hasil yang memberi ruang pulangan bon 10 tahun kerajaan bergerak naik turun dalam jajaran 50 mata asas (bps) sekitar sasaran sifar peratus, lebih tinggi daripada jajaran 25 mata asas sebelum ini.

Di dalam negara, data inflasi terkini akan turut dikeluarkan pada minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2801/2841 daripada 3.2816/2847 sewaktu ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7080/7128 daripada 4.7133/7171.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3642/3679 daripada 3.3531/3565 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4002/4056 daripada 5.3834/3876 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini