Ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal mantap minggu depan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal mantap minggu depan


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan pada paras 4.38 hingga 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan kecenderungan meningkat terutamanya jika pasaran pertukaran asing terus menghadapi kelembapan dalam kitaran peningkatan kadar faedah AS dengan barisan Kabinet baharu Malaysia menawarkan sokongan selanjutnya.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini berdasarkan situasi yang masih tenang dan rancangan China untuk meneruskan pembukaan semula negara itu.

"Satu-satunya cabaran yang saya perhatikan adalah potensi pergolakan awam di China pada akhir minggu ini kerana jika kita mengingat kembali pergolakan di Hong Kong pada beberapa tahun lepas, ia sebenarnya memuncak pada hujung minggu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengumuman barisan Kabinet baharu Malaysia malam tadi akan memberi laluan kepada pembentangan bajet negara manakala pasaran akan kukuh apabila terdapat elemen kestabilan politik.

Sementara itu, bagi perbandingan mingguan, ringgit mencatat paras yang tidak diraih sejak Jun tahun ini dengan diniagakan pada 4.3835/3925 berbanding dolar AS daripada 4.4795/4890 pada Jumaat.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2463/2535 berbanding 3.2573/2645 pada Jumaat lepas, naik berbanding euro kepada 4.6136/6231 daripada 4.6551/6650 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.3781/3892 daripada 5.4094/4209.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2698/2768 daripada 3.2118/2188 pada minggu sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini