Harga minyak merosot, ringgit susut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak merosot, ringgit susut


KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut daripada peningkatan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun mata wang negara maju itu mencatat prestasi lemah, diheret turun oleh kemerosotan harga minyak.

Pada 9.07 pagi, ringgit susut kepada 4.3210/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3130/3185 sewaktu ditutup pada Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata asas ringgit bertambah baik berikutan pembukaan semula China adalah lebih pantas dan awal daripada jangkaan sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan lebih memberangsangkan di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata sentimen mengelak risiko menjejaskan pasaran dunia selepas data pertumbuhan AS merosot lebih buruk daripada jangkaan dan menyebabkan kemelesetan.

"Saya berpandangan jualan besar-besaran tidak begitu ketara disebabkan data pertumbuhan AS lemah (pengeluaran industri dan jualan runcit) berikutan metrik inflasi mengesahkan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kepada 25 mata asas.

"Bagaimanapun, dengan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, saya berpendapat pasaran tempatan mungkin lengang dan kekal dalam sentimen pengambilan untung," katanya kepada Bernama.

Ringgit kukuh berbanding kumpulan mata wang utama, melainkan berbanding yen Jepun.

Unit tempatan meningkat kepada 5.3274/3323 berbanding pound Britain daripada 5.3300/3368 sewaktu ditutup semalam, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2698/2733 daripada 3.2793/2840, dan naik berbanding euro kepada 4.6632/6675 daripada 4.6878/6938 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.3658/3694 daripada 3.3331/3376 sewaktu ditutup pada Rabu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini