Ringgit kembali meningkat pada akhir dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali meningkat pada akhir dagangan


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peniaga pertukaran asing bertindak balas terhadap paras tertinggi dolar selain berhati-hati dengan pembukaan semula ekonomi China, yang akan terus menyokong ringgit sekiranya merosot.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3130/3185 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3280 sewaktu ditutup semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata selepas dibuka rendah pagi ini, mata wang tempatan meningkat, seiring dengan kelemahan dolar AS yang lebih luas.

"Ringgit lebih diniagakan sejajar dengan sentimen meluas G-10 dan pembukaan semula China mungkin adalah berita baik kepada Malaysia yang akan terus menguatkan ringgit," katanya kepada Bernama.

Ringgit merosot berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun.

Unit tempatan susut kepada 5.3300/3368 berbanding pound Britain daripada 5.2804/2841 sewaktu ditutup semalam, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2793/2840 daripada 3.2683/2711 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6878/6938 daripada 4.6788/6820.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3331/3376 daripada 3.3582/3608 sewaktu ditutup semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini