Perdagangan Emas Pada Tahun 2023 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perdagangan Emas Pada Tahun 2023

Perdagangan emas salah satu kaedah pelaburan yang tertua di dunia. Logam berharga ini memainkan peranan yang penting dalam ekonomi global. Logam ini dinilai tinggi bukan sahaja kerana kebergunaannya dalam industri, tetapi juga kerana deposit emas adalah terhad dan sukar dicari. Dalam perdagangan Forex, emas adalah salah satu aset perdagangan yang paling popular.

Kenapa para pedagang lebih sukakan emas? Ada banyak sebabnya. Dalam artikel ini, kami akan bincangkan sebab-sebab untuk memilih emas sebagai aset perdagangan, apa yang menggerakkan harga emas dan cara berdagang emas melalui CFD.

Apakah itu perdagangan emas?

Perdagangan emas merujuk kepada pembelian dan penjualan emas untuk mendapatkan keuntungan daripada pergerakan harga. Oleh kerana harga emas dianggap berkemeruapan tinggi, para pedagang cuba mendapatkan keuntungan pasaran dengan membeli komoditi tersebut ketika harganya rendah dan menjual ketika ianya tinggi, atau membuka posisi short pada logam berharga tersebut apabila harganya dijangka akan jatuh.

Perdagangan emas memerlukan pertimbangan yang teliti kerana turun naik harga yang besar dan pelbagai jenis instrumen yang tersedia, daripada derivatif emas seperti niaga hadapan dan kontrak untuk perbezaan (CFD) sehinggalah ke saham-saham syarikat perlombongan emas.

Sebelum mula berdagang emas, anda harus menyedari bahawa pasarannya boleh menjadi sangat meruap, yang mengakibatkan tahap risiko yang tinggi. Peluang untuk mengaut keuntungan apabila berdagang emas adalah seiring dengan risiko kerugian.

Emas, carta bulanannya sejak 1996



Apakah yang menggerakkan harga emas?

Sebelum mempelajari bagaimana berdagang emas, adalah penting untuk memahami perkara-perkara yang mempengaruhi harga emas. Maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan perdagangan yang logik dan mengurangkan risiko kerugian. Perkara-perkara yang mendorong harga emas boleh berubah-ubah bergantung pada sentimen semasa dalam pasaran-pasaran kewangan. Mari kita lihat satu persatu.

Penggerak-penggerak harga emas

Dasar-dasar bank pusat

Bank-bank pusat menyimpan wang fiat dan emas sebagai rizab. Apabila bank-bank pusat mempelbagaikan rizab kewangannya — daripada matawang fiat yang telah dikumpul kepada emas — harga emas cenderung untuk naik.

Nilai dolar AS

Walaupun dolar AS tidak lagi disandarkan pada emas, harga logam berharga tersebut dan USD cenderung bergerak ke arah yang bertentangan. Apabila dolar AS meningkat berbanding matawang-matawang lain, emas menjadi lebih mahal bagi para pembeli yang tidak menggunakan dolar AS dan permintaan untuknya jatuh. Sebaliknya, penyusutan nilai dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli-pembeli asing, dan permintaannya meningkat.

Penawaran dan permintaan

Harga-harga emas boleh dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan yang mudah; apabila permintaan untuk barangan-barangan pengguna seperti barang kemas dan elektronik meningkat, nilai emas boleh meningkat. Malah, India, China dan AS adalah pengguna-pengguna utama emas dari segi volum bagi barang kemas.

Para pelabur sentiasa meminati emas, dan sejak 50 tahun yang lalu, harga logam ini telah meningkat dengan ketara. Secara keseluruhan, pembelian emas daripada pelbagai instrumen pelaburan pada 2019 adalah berjumlah 1,271.7 tan, mewakili lebih 29% daripada jumlah permintaan emas.

Kemeruapan pasaran

Pada masa-masa ketidaktentuan ekonomi, seperti kegawatan ekonomi atau ketidakstabilan politik, ramai orang beralih angin untuk melabur dalam emas kerana nilainya yang lestari. Emas sering dianggap sebagai aset perlindungan bagi para pelabur pada masa-masa pergolakan.

Pengeluaran emas

Bekalan-bekalan emas didorong terutamanya oleh perlombongan, yang telah stabil sejak 2016. Pengeluaran emas dunia mempengaruhi harga emas, iaitu satu lagi contoh dinamik di mana bekalan cuba menyaingi permintaan. Tambahan lagi, memperoleh emas dalam amaun yang lebih sedikit memakan kos yang lebih besar. Industri perlombongan emas menderita dari kenaikan kos dalam semua aspek. Walaupun sebahagian daripada kos ini telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kejatuhan harga minyak, ia mungkin akan meningkat pada masa akan datang kerana kualiti bijihnya terus menurun. Di samping itu, apabila pengeluaran minyak global mula merosot pada masa akan datang, pengeluaran emas akan menerima kesan yang negatif, walaupun harga emas jauh lebih tinggi. Ini meningkatkan kos pengekstrakan emas yang kadangkala menyebabkan harga emas menjadi lebih tinggi.

Reaksi emas terhadap berita-berita dunia.


Kelebihan-kelebihan berdagang emas

Terdapat beberapa sebab tertentu mengapa pedagang lebih sukakan emas untuk berdagang. Dan inilah sebab-sebabnya.

1. Secara historikalnya, emas telah berfungsi sebagai lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Inflasi adalah musuh nombor 1 para pelabur kerana ia mengurangkan kuasa beli wang. Dalam masa-masa pergolakan, apabila pasaran saham bermasalah dan wang tunai kehilangan nilai akibat kadar faedah yang rendah, emas berupaya menjadi aset yang menarik.

2. Walaupun harga emas turun naik dan kadangkala mengalami kemeruapan yang tinggi, logam tersebut mengekalkan nilainya dalam jangka masa yang panjang dan oleh itu ia dilihat sebagai satu pelaburan yang stabil.

3. Emas mempunyai kecairan yang tinggi, yang bermakna para pembeli boleh mencari penjual dengan mudah di pasaran, dan begitu juga sebaliknya. Ini penting kerana ia mengurangkan kos transaksi dan meyakinkan para pedagang dan para pelabur. Malah pasaran bagi emas fizikal adalah cair, kerana tidak sukar untuk mencari pembeli.

4. Emas adalah alat pempelbagaian (diversification) yang hebat. Ia boleh mengatasi prestasi pasaran saham pada masa-masa tertertentu, sebagai contoh, masa di mana selera risiko sedang tinggi.

Kekurangan-kekurangan berdagang emas

Sudah tentunya tidak ada aset yang sempurna, dan emas juga mempunyai kekurangan-kekurangannya.

1. Jika para pedagang memegang emas fizikal, penyimpananya mungkin menjadi sukar dan mahal, bergantung kepada berapa banyak emas yang mereka miliki. Peti deposit selamat dan peti besi bukannya murah.

2. Emas tidak memberikan apa-apa pendapatan faedah. Jika para pedagang memegang saham-saham tertentu, ia boleh menyumbang dividen kepada mereka. Jika mereka menyimpan wang tunai dalam bank mereka, mereka boleh memperolehi faedah daripadanya. Sementara itu, mereka tidak menerima apa-apa pendapatan faedah daripada emas.

3. Pulangan boleh menjadi rendah semasa tempoh-tempoh “risiko” apabila para pelabur berduyun-duyun mencari aset-aset berisiko.

Apakah itu strategi perdagangan emas?

Sebelum anda mula berdagang logam kuning ini, adalah penting untuk menentukan strategi anda dengan jelas. Terdapat pelbagai strategi perdagangan emas yang boleh membantu anda menentukan masa untuk masuk dan keluar suatu perdagangan dan bagaimana mengurus suatu posisi ketika ia aktif dan bukannya menentukan keputusan berdasarkan spekulasi semata-mata. Strategi perdagangan yang direka untuk aset lain, seperti saham atau pasangan matawang, mungkin tidak boleh digunakan untuk emas. Berikut beberapa teknik yang paling popular.

Perdagangan posisi

Pedagang membiarkan posisi terus aktif selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan untuk mendapat faedah daripada pergerakan harga emas dalam tempoh yang panjang.

Perdagangan sempena berita

Strategi perdagangan emas jangka pendek berdasarkan berita seperti penyata dasar bank pusat atau data-data ekonomi.

Pada 13 Disember 2022, Kadar Inflasi AS adalah lebih rendah daripada jangkaan, 7.1% berbanding 7.3% yang dijangkakan. Ini menyebabkan kejatuhan USD, dan emas yang berkorelasi songsang dengan USD naik 4183 bp.

Perdagangan trend

Para pedagang mencari pola-pola dalam pergerakan harga emas untuk mengenal pasti trend yang kuat. Apabila harga berada dalam trend menaik, pedagang menjangkakan kenaikan selanjutnya dan membuka perdagangan beli. Apabila emas dalam trend menurun, harga mungkin terus jatuh, jadi pedagang membuka pesanan jual.

Para pedagang sering menggunakan analisis teknikal untuk mengenal pasti dan mengesahkan trend harga. Indikator-indikator teknikal boleh membantu mereka menentukan potensi perubahan dalam trend menaik atau trend menurun supaya para pedagang boleh menyesuaikan kedudukan mereka dengan sewajarnya. Mengikuti trend juga boleh diterapkan pada strategi perdagangan CFD emas.

Perdagangan intrahari (day trading)

Para pedagang intrahari membuka posisi dan membiarkannya aktif untuk satu sesi perdagangan, bertindak berdasarkan turun naik intrahari harga emas. Memandangkan emas adalah aset yang sangat cair dengan spread yang kecil antara harga bid dan ask, ia sangat sesuai untuk perdagangan intrahari. Para pedagang harian boleh menggunakan acara dan berita untuk memberi tumpuan kepada pembelian atau penjualan emas pada masa yang tertentu.

Perdagangan aksi harga

Strategi aksi harga ialah sistem perdagangan emas di mana para pedagang melihat aksi harga untuk memutuskan pada aras mana untuk membuka atau menutup posisi. Tidak seperti strategi-strategi yang berdasarkan indikator-indikator teknikal, para pedagang menumpukan perhatian pada pola-pola candlestick Jepun dan pola-pola carta untuk membuat keputusan-keputusan mereka.

Perdagangan emas dengan FBS

FBS menawarkan anda peluang untuk membuat keuntungan dengan emas. Anda akan menemui emas pada simbol XAUUSD dalam Aplikasi FBS Trader dan MetaTrader 4 atau 5. Cari spesifikasi-spesifikasi kontrak untuk berdagang emas di laman web FBS.

Kesimpulan

Perdagangan emas telah berakar umbi dengan baik selama bertahun-tahun. Ia boleh menjadi permulaan yang baik jika dipertimbangkan oleh para pemula. Cubalah berdagang emas dengan FBS! Kami boleh membantu anda melaksanakan keputusan perdagangan anda dengan selesa.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini