Ringgit susut dalam dagangan hari ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut dalam dagangan hari ini


KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana di pasaran mata wang Asia ketika pelabur dalam proses menerima data ekonomi China yang lemah, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.3250/3280 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3200, semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pelabur terus mengikuti rapat prospek ekonomi China selepas mencatat data ekonomi lemah yang mengatasi jangkaan pasaran.

"Mereka kini menunggu pengumuman mengenai data China lain yang seiring dengan langkah pergerakan yuan serta pasaran ekuiti tempatan.

"Bagaimanapun, sebarang tindakan pengguna China untuk berbelanja akan menjadi perangsang kepada pertumbuhan global, komoditi, saham-saham China serta pergerakan ringgit berikutan kaitannya dengan mata wang China," katanya kepada Bernama.

Malah, katanya, pasaran juga masih mencari arah menjelang mesyuarat bank pusat Jepun, Bank of Japan (BOJ) esok yang belum memberi sebarang petunjuk jelas sama ada ia akan menamatkan mekanisme kawalan monetarinya.

"Jika mereka bertindak membubarkannya, (gandingan) dolar AS-yen akan merosot ketara dan boleh menyebabkan mata wang AS lemah berbanding kumpulan mata wang asing Asia serta yuan selain turut memacu peningkatan ringgit," katanya.

Dalam pada itu, ringgit susut berbanding kelompok mata wang utama lain, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya naik kepada 3.3582/3608 daripada 3.3616/3658.

Ringgit rendah ke paras 5.2804/2841 berbanding pound Britain daripada 5.2643/2704 di akhir urus niaga semalam, turun berbanding dolar Singapura pada 3.2683/2711 daripada 3.2677/2720 dan merosot berbanding euro kepada 4.6788/6820 daripada 4.6693/6747.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini