Ringgit semakin meningkat, satu dolar AS kini RM4.24 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit semakin meningkat, satu dolar AS kini RM4.24


KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi hari khamis apabila mata wang negara maju itu menurun di tengah-tengah kebimbangan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan, kata penganalisis.

Pada 6 petang Khamis, ringgit meningkat kepada 4.2450/2465 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 pada penutup Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit meneruskan kenaikannya, didorong oleh sentimen yang merosot terhadap dolar AS menjelang keputusan Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.

Beliau berkata, mata wang tempatan juga dirangsang oleh sokongan berterusan daripada pembukaan semula China, yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

"Sama seperti dengan Thailand, mungkin belum pada peringkat yang sama, pelancong China memberikan rangsangan yang ketara kepada ekonomi tempatan; maka permintaan terhadap ringgit daripada perspektif kemasukan pelancong kekal kukuh," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2345/2359 daripada 3.2352/2392 yang dicatatkan pada Rabu, naik berbanding euro kepada 4.6254/6270 daripada 4.6322/6376 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2671/2685 daripada 3.2790/2831.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound kepada 5.2583/2601 daripada 5.2418/2480.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini