Bagaimanakah Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dan Rizab Antarabangsa Sesebuah Negara Mempengaruhi Kadar Pertukaran? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimanakah Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dan Rizab Antarabangsa Sesebuah Negara Mempengaruhi Kadar Pertukaran?


Untuk spekulasi yang lebih meyakinkan dalam pasaran pertukaran asing, adalah penting untuk menggunakan pelbagai alat dan analisis yang berbeza, yang sedikit sebanyak boleh meramalkan pergerakan matawang dan sentimen para pelabur di sesebuah negara. Secara amnya, para pedagang intrahari cenderung menggunakan lebih banyak indikator-indikator analisis teknikal untuk meramal pergerakan seperti ini. 

Walau bagaimanapun, bagi para pedagang yang lebih berminat dengan jangka masa yang panjang, adalah menarik untuk turut mengambil kira indikator makroekonomi negara-negara tersebut (yang dipanggil 'analisis fundamental'), seperti Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan tahap Rizab Antarabangsa yang boleh berfungsi sebagai alat yang berguna untuk meramal pergerakan-pergerakan kadar pertukaran. Dalam artikel ini, kedua-dua topik inilah yang akan kita bincangkan.

FDI dan Pertukaran Asing

Salah satu cara untuk menganalisis tahap kerentanan luaran sesebuah negara dan hubungannya dengan kadar pertukaran adalah dengan melihat pada keperluan untuk pembiayaan luaran, yang bersamaan dengan defisit pada transaksi semasa – (tolak) aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara tersebut. Apabila aliran pelaburan langsung dari luar negara lebih besar daripada defisit transaksi semasa, ini menggambarkan satu keadaan yang tenang dan, justeru dari itu, tidak mewajarkan kita untuk menjangkakan variasi yang besar pada kadar pertukaran. 

Sebaliknya, apabila aliran pelaburan langsung asing tidak cukup untuk menampung defisit dalam transaksi semasa, matawang negara tersebut akan cenderung untuk menurun nilainya berbanding matawang-matawang lain di persada antarabangsa.

Rizab Antarabangsa dan Pertukaran Asing

Satu lagi isu penting yang perlu diperhatikan ialah Rizab Antarabangsa Bersih, yang mewakili jumlah matawang asing yang dipegang oleh negara tersebut dan yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pembiayaan akaun-akaun luarannya atau untuk sekali-sekala campur tangan dalam pasaran pertukaran asing, contohnya. Kerajaan boleh menggunakan rizab pertukaran asing sebagai satu bentuk perlindungan semasa krisis, biasanya apabila modal asing dikeluarkan negara tersebut, eksport cenderung untuk menurun dan kadar pertukaran turun nilainya. 

 Ringkasnya, keadaan Rizab Antarabangsa yang teguh cenderung untuk menjadi faktor yang mampu mengurangkan variasi-variasi yang besar dalam kadar pertukaran, kerana Bank Pusat boleh menggunakannya untuk campur tangan dalam pasaran dan mengelakkan turun naik yang mendadak dalam kadar pertukaran matawang.

Data tentang FDI dan Rizab Antarabangsa

Data mengenai Pelaburan Langsung Asing boleh didapati contohnya di laman web Bank Dunia.

Data mengenai Rizab Antarabangsa Negara boleh didapati di laman web Tabung Kewangan Antarabangsa.

Melalui FBS, para pelanggan boleh berdagang pertukaran asing menggunakan pelbagai jenis akaun yang kami sediakan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini