Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat sejak pagi ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong prestasi positif harga komoditi, menurut penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4280/4325 daripada 4.4310/4345 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, bagaimanapun, pasaran agak bimbang menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan data perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Jumaat kerana data itu dikhuatiri akan meningkatkan lagi inflasi dan mendorong hasil AS yang lebih tinggi sekali gus menjejaskan ringgit.

"Sebarang penambahbaikan terhadap data China atau data ekonomi AS yang lemah boleh mendatangkan manfaat kepada unit tempatan," katanya kepada Bernama.

Setakat ini, penanda aras harga minyak mentah meningkat 1.04 peratus kepada AS$83.86 setong.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli, berkata Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini akan memperlihatkan keutamaan fiskal jangka pendek kerajaan dan sentimen impak pasaran.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen kepada 3.2998/3036 daripada 3.2864/2892 sewaktu ditutup pada Jumaat dan berkurangan berbanding dolar Singapura 3.3136/3172 daripada 3.3062/3093 sebelum ini.

Ia turut menyusut berbanding euro kepada 4.7291/7339 daripada 4.7137/7174 sewaktu ditutup pada akhir minggu lalu dan merosot berbanding pound kepada 5.3233/3288 daripada 5.2919/2961.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini