Ringgit manfaatkan penurunan teruk dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit manfaatkan penurunan teruk dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata peratusan lagi.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.2445/2490 berbanding dolar AS daripada 4.2655/2700 ketika ditutup pada Selasa.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata dolar AS terjejas teruk dalam tempoh semalaman selepas pasaran memberi jangkaan kadar faedah tidak meningkat ketara berdasarkan petunjuk akan datang yang diberikan oleh Fed.

"Bagaimanapun, data pembuatan AS yang rendah dan beberapa susulan Indeks Pengurus Pembelian China yang lemah sejak semalam mencetuskan penjualan minyak mentah Brent dan komoditi lain, berkemungkinan menyebabkan ringgit susut semula daripada paras terbaik harian 4.2250 (berbanding dolar AS).

"Namun, ringgit masih ditutup dengan kecenderungan lebih kukuh," katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2498/2534 daripada 3.2386/2425 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2924/2961 daripada 3.2713/2750.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.2381/2437 daripada 5.2559/2615 semalam namun menguncup berbanding euro kepada 4.6685/6735 daripada 4.6187/6236.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini