Ringgit meningkat semula, RM4.29 satu dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit meningkat semula, RM4.29 satu dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan baharu apabila sesetengah pelabur kembali mendapatkan mata wang sedang pesat membangun, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2935/2985 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.2995/3055.

Penganalisis itu berkata, pelabur mengambil perhatian terhadap komen terkini pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell yang dilihat lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah walaupun beliau jelas mengulangi pendirian bahawa memerangi inflasi memerlukan kadar faedah yang lebih tinggi dan memakan masa.

Powell berkata, disinflasi sudah bermula dan menjangkakan penurunan ketara dalam inflasi tahun ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilat berbanding dolar Singapura kepada 3.2428/2468 daripada penutup Selasa 3.2420/2470 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2805/2848 daripada 3.2624/2672 semalam.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.1767/1827 daripada 5.1624/1696 sebelum ini dan susut berbanding euro menjadi 4.6078/6132 daripada 4.6065/6129 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini