Ringgit terus susut kepada RM4.33 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus susut kepada RM4.33 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan ahli Rizab Persekutuan (Fed) yang terus menolak kecenderungan untuk penurunan kadar faedah pada 2023, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.3320/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3140/3185 ketika ditutup pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata langkah Fed itu menyokong dolar AS sambil memberi kesan negatif kepada sentimen risiko global.

"Ia boleh dikatakan gabungan terburuk untuk ringgit. Oleh itu, ringgit diniagakan lebih rendah," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2635/2663 daripada 3.2627/2664 ketika ditutup pada Khamis, turun berbanding yen Jepun kepada 3.3089/3114 daripada 3.2967/3006 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.2404/2440 daripada 5.2381/2435.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu kukuh berbanding euro kepada 4.6391/6424 daripada 4.6432/6480.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini