XM Sumbang Kepada Mangsa Gempa Bumi Turki-Syria - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Sumbang Kepada Mangsa Gempa Bumi Turki-Syria

 


Gempa bumi yang dahsyat telah melanda negara Turki dan Syria, dan memberi kesan kepada ramai mangsa yang terselamat. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa bergelut dalam keadaan cuaca buruk, tanpa sebarang makanan atau tempat tinggal. Oleh itu, kami telah menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk membantu kanak-kanak yang terjejas dan merupakan mangsa gempa yang paling terdedah.

UNICEF berusaha untuk menyediakan keperluan penting, di samping membantu operasi mencari dan menyelamat. Ramai kanak-kanak yang terlibat memerlukan tempat perlindungan, rawatan perubatan, sanitasi, makanan, air bersih, pakaian hangat dan selimut. Malah, sesetengah daripada mereka turut memerlukan sokongan kesihatan mental, khususnya kanak-kanak Syria yang pernah melalui perang saudara dan kemelesetan ekonomi. Tragedi ini secara langsung memberi kesan yang amat mendalam kepada diri mereka.

Gempa bumi yang melanda pada tengah malam 6 Februari lalu, telah memusnahkan beribu-ribu bangunan dan merosakkan sebahagian besar infrastruktur bandar. Namun begitu, ramai daripada mangsa yang terselamat, seperti keluarga dan kanak-kanak yatim piatu, dan mereka telah ditempatkan di luar atau di pusat perlindungan sementara kerana kehilangan tempat tinggal.

Keperluan keluarga dan kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi semakin membesar dan meningkat tinggi. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha UNICEF atau salurkan sumbangan anda, di sini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini