Bitcoin melonjak ke paras tertinggi sembilan bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bitcoin melonjak ke paras tertinggi sembilan bulan


HONG KONG: Bitcoin berada hampir di paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan hari ini, dan mencatatkan prestasi mingguan terbaik dalam empat tahun apabila ketidaktentuan dalam sektor perbankan tradisional menyebabkan pelabur beralih kepada aset digital.

Mata wang kripto terbesar dari segi nilai pasaran itu berada pada AS$27,549 selepas mencatatkan paras tertinggi sejak 12 Jun lalu semalam pada AS$28,474.

Ia meningkat 26 peratus minggu lalu dan melonjak lebih daripada 35 peratus dalam tempoh 10 hari apabila ketidaktentuan dalam sektor perbankan menjalar di seluruh dunia, bermula dengan keruntuhan Silicon Valley Bank dan memuncak, setakat ini, dengan pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS pada nilai diskaun.

"Momentum semuanya dipacu oleh kecairan, memandangkan bitcoin adalah alat kecairan alternatif," kata Markus Thielson, ketua penyelidikan dan strategi di firma perkhidmatan kewangan aset digital berpangkalan di Singapura, Matrixport.

Beliau menjangkakan bitcoin boleh mencecah AS$45,000 menjelang akhir tahun, dengan kecairan daripada bank pusat menuju kepada aset kriptp, sama yang berlaku pada 2021, apabila bitcoin mencatatkan rekod tertinggi.

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) semalam berkata ia dan bank-bank pusat besar lain akan memperdalamkan kecairan dengan meningkatkan kekerapan operasi bekalan dolar ke dalam pasaran kewangan.

Ether, mata wang kripto kedua terbesar, meningkat ke paras tertinggi dalam tujuh bulan AS$1,846.50 semalam dan kali terakhir diniagakan pada AS$1,768. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini